Perkhidmatan
Penubuhan syarikat dan penyediaan pelan perniagaan
Kepakaran kami termasuk khidmat penyediaan, pengumpulan dokumentasi dan memberi khidmat nasihat yang diperlukan dalam penubuhan Syarikat anda di pasaran Croatia. Tambahan pula, Punta Christo pakar dalam menyediakan pelan perniagaan dan kajian pelaburan yang komprehensif serta memberi analisis ekonomi dan kewangan di pasaran yang anda ceburi.
Perwakilan dan khidmat nasihat pengurusan untuk syarikat-syarikat asing
Kami amat berharap untuk mewakili Syarikat anda dan menguruskan operasi perniagaan hariannya di Istria, Croatia. Dengan kerjasama rapat dengan pakar-pakar dalam semua bidang yang berkenaan, Punta Christo akan menyelaras dan memberi penyelesaian kepada semua implikasi perundangan, kewangan, cukai dan implikasi-implikasi perniagaan lain yang dihadapi oleh Syarikat anda.
Aktiviti-aktiviti pelaburan, pengurusan dan penyelenggaraan hartanah
Punta Christo akan menyelia projek hartanah anda dengan bekerjasama dengan pakar-pakar bagi pihak anda. Bergantung pada matlamat khusus anda, khidmat penyeliaan kami boleh meliputi aktiviti dari reka bentuk dan pembinaan sehingga pemasaran atau penyewaan premis itu pada akhirnya. Oleh kerana pelaburan hartanah ini adalah jauh dari tempat duduk anda, anda perlu rakan kongsi tempatan yang boleh dipercayai untuk menjaga dan menyelenggara harta anda, serta memberi maklumat terkini tentang premis anda dan persekitarannya.
Khidmat pengiklanan
Jika anda mempunyai produk/perkhidmatan sedia ada yang anda ingin memperkenalkan kepada pasaran Croatia atau Eropah Tenggara, Punta Christo boleh membantu dalam pengiklanan, pengedaran dan permasaran.